Pages

Jun 14, 2016

Klinik Pediatrik Adek (Pakar Kanak-Kanak) Seksyen 9 Shah Alam

Assalamualaikum semua,

Hari nie bawa anak pegi check di klinik adek.. Hana ada masalah macam panau kat bawah mata. Mula2 ingatkan panau..jadi pergi la farmasi dan beli ubat panau yang bernama zarin. seminggu pakai tak hilang2 jugak..Last2 kawasan tue jadi macam merah..Mula la risau kan..sebab ingatkan panau biasa. 

So, hari nie decide untuk bawa hana ke klinik adek..banyak review best pasal klinik nie.

Details  klinik tue..lagi senang klinik berhampiran plaza masalam, shoplots belakang kfc.


Nama klinik: Klinik Pediatrik Adek
Alamat: 20, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G-9/G, Seksyen 9, Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor. 
No phone: 03-5880 7964 


klinik adek

Pukul 10 baru la aku sampai ke klinik aku..dan pintu dah tutup pun..klinik nie buka start pukul 9.00 pagi..habis jer no giliran, klinik nie pun tutup.

waktu operasi


Nasib baik la, lepas dapat masuk, mula2 ingatka tak dapat nak jumpa paed. orang kat kaunter kata hanya boleh beli ubat sahaja. Nasib la dapat jugak jumpa paed sebab kitorang pernah ada rekod datang sini sebab dulu anak macam kena kayap kat lengan sebelah kiri dan akhirnya bukan kayap pun..cuma allergic+jangkitan sikit.

kat sini yang bestnya ada tempat untuk budak main..tak la bosan kan budak..lepas tue lengkap dengan nursing room, tempat nak tukar diapers. 



Ada jugak barang2 jualan lain macam supplement, kids vitamin,baju dan telekung.


Dalam pukul 11 pagi ,dapat la jumpa paed iaitu Dr. Amdan. wife dia pun ada sekali rupanya..

Jadi dia pun check2 la 1 badan dan Doc cakap anak ada mild ezcema, kena jaga pemakanan. Dr. Amdan dan wife dia sangat ok, layan pun santai jer.. macam lepak2 gitu..siap bagi toys suh pegang lagi bila anak takut2. dalam bilik Dr pun boleh dengar alunan ayat al-quran

Dr. bekalkan zaricort + cethaphil restorederm mositurizer dalam bentuk tiub kecik dan dalam botol.cetahphil tue botol besar dalam RM100+. sekali dengan multivitamin. aku bagitau ada consume caliph,pastu doc tanya apa ingredient. aku pun bagitau la madu, kismis, kurma..Dr cakap tak cukup kena ambil multivitamin jugak. next Dr. suh datang lagi untuk follow up. yang tue kira appointment lah..Zaricort tue ada steroid tapi Dr kata akan ada follow up dan sapu nipis2 jer.



Total bill untuk hari nie RM150. consultation RM90. ubatan RM60. bagi aku agak costly jugak la kan.tapi bila dipikirkan balik. paed dekat kpj pun consultation dekat 100 jugak.dekat salam aku pernah pegi sekali..tapi macam tak best..tak tau la kan maybe Dr yang aku jumpa tak best.


last time datang sini pun bill around 150 jugak la. tapi alhamdullilah lepas tue dah elok. Cuma 1st time datang, bill dekat RM200, sebab sekali dengan pendaftaran.

So , sapa yang nak datang,.kena datang sebelum pukul 9 pagi tue..masa buka pun sekejap jer..jadi kena cepat.

Apr 14, 2016

Mixed feeling battle against PHD completion

Singgah lagi kali nie..selepas lama giler tak dapat nak singgah kat blog nie

Idea ada jer datang nak kongsi macam2 dalam ni.

tapi rasa macam patutkah dikongsi kan? kadang-kadang benda yang kita rasa kecil jer sumbangannya mungkin jadi besar bagi orang lain kan..siapa tahu kan..tapi kali nie nak buat jugak omel-omelan.moga apa yang terbuku kat hatiku dapat terlerai dari asyik berserabut dalam otak aku.

sekarang nie betul2 tengah stress pasal phd nie..hurmm..betul la semua orang cakap..kita kena kuat once dah pilih untuk buat phd nie..
macam-macam feeling lah boleh rasa..dan macam-macam benda lah kena buat..hari2 kena fikir apa jadual kita...apa goal kita..apa yang kita nak siapkan..
macam aku sekarang nie..tengah pening..mana nak uruskan grant lagi..sv dah start bagitau cepat2 claim stationeries dan etc...tapi aku tak buat2 ..dah 2 minggu...sungguh macam kura2 la aku nie..

dah tue research aku pulak..aku sangkut bab model..helpless betul..tak reti nak buat..ada manual pun masih lagi terkontang kanting nak buat..tue belum lagi aku nak kena tukar station location. sebab nanti susah untuk aku buat calibration...pening2.aku dah select 9 station dah sebelum nie.dan dah nak hampir siap dah pun..now kena pilih lain pulak..dah la salah pilih..hurmmm.why dah sem 6 baru nak sedar selected study area tak betul...sebelum nie blur2 jer...aku memang follow journal punya selected location tapi aku tak sedar untuk skop journal tue ok untuk pilih tempat tue but untuk aku akan ada masalah untu buat 2nd part aku..now. nak kena hantar surat untuk minta data again.haih....2 minggu aku dah bertapa...sampai bila nak hibernate kan..aku kena move on...bangun dari kekesalan..!!!

dan yang part paling penting chapter 1 to 3 dah kena ready sebab aku nak try apply extension bulan nie jugak.. sebenarnya patutnya 6 bulan sebelum tamat.aku nie dah kira 5 bulan dah.. ini la problemnya bila terikat dengan scholar..at agreement tulis maximum 4 tahun..tapi still kena apply extension. dah tue yang terbaru dapat surat pekelliling pulak yang bagitau tiada lagi extension akan dibenarkan..rasa tak adil sungguh sebab aku batch yang terdahulu..batch 2013 kot..dalam agreement tak ada mention pun gitu..parah kan...tapi nak buat macam mana..cuba jer la apply dari tak apply kan..selebihnya kita tawakal jer lah..harap2 ada good news...

dah tue dengan nak kena tulis journal lagi..dah berbulan2 due date asyik diganjak2..hurmm...tak capai mission langsung...sebenarnya aku tak yakin nak publish findings aku..teruk betul kan aku.result bukan tak ada.sebab aku nie data kena process sendiri, walaupun tak masuk lab..tapi kena run dekat program..semua script dan run buat sendiri..patut boleh la tulis something kan..nie nak tulis pun rasa macam tak yakin..tapi sampai bila kan..cuba jer la kan..mana tahu approve..sebab sebelum nie dah 2 kali paper aku kena reject..yang satu tue reject awal2..yang lagi satu aku dah present dah pun...tiba2 dorang bagitau springer kata paper aku sama dengan yang sebelum nie..aiseh...dah tue bagitau lambat...esoknya nak..haih...sedih jugak la..dah present dah pun..apa la..


sekarang nie aku berfikir..adakah aku capable untuk meneruskan phd aku nie..tolong-tolong...stressnya rasa..rasa macam nak tidur dan tak nak dah bangun selama-lamanya...

p/s: aku publish jer tanpa baca balik apa yang tulis..lagipun tak ada sapa nak baca pun kan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...