Pages

Apr 27, 2011

video mat luthfi yang mmg sgt best!!!

mesti anda semua tau kan siapa nama di atas..kan..kan...klu x tau,meh nk cecite...

first time aku tengok video dia adalah video hari ibu, sgt la lawak n bes.Dan yg PALING PENTING (caps lock lg) dia org utara sama mcm aku jugak..

den banggo jadik org utara..uit2..silap2...aku bangga jdik oghang utagha...hehehehehe.

actually byk lagi koleksi2 video yg dia nie buat, n semua sgt la lawak & ada jugak msg yg ingin disampaikan..
klu nak tengok senang ja, cuma pi ja kt youtube, taip ja nama dia..maka akan kluaq la smua koleksi2 video dia..dh la muka dia mcm korea jer kan, pas tue lawak la pulak..sg2 la COMEELLLLL !!! (caps lock lg sekali)
apa2 pun ,jom lyn jom....


video kt atas nie sgt la lawak,gelak guling2 aku dibuatnya. tp apa yg penting...kerjasama..wonder pets..wonder pets..kami datang..ooopss..apa yg penting adalah msg yg ingin disampaikan..sgt membawa mesej2 kearah kebaikan umat manusia..cewahhh...wa tabik spring la ngn dia nie !!!dia nie ada pesbuk nie,besa jumpa tp xdpt la plak nk add sbb private...tp x pa..tabik spring jugak..melalui sumber2 yg len,dia la nie blajaq kt oversea n menetap kt perth,australia..

p/s: dh la lawak,pandai,kiut lak tue...nk cair sat la..hehehehe(^_^)

Boring...Boring..Boring

.Boring............Boring..............Boring.............Boring.........Boring..............Boring..............Boring............Boring..............Boring.....Boring....Boring....Boring....Boring....Boring....Boring....Boring....Boring....Boring....Boring...Boring...Boring...Boring....Boring...Boring...Boring...Boring...Boring....Boring...Boring...Boring...Boring...Boring...Boring...Boring...Boring...Boring...Boring....Boring....Boring...Boring..Boring...Boring..Boring....Boring

Apr 26, 2011

PSYCHOMETRIC TEST

Salam semua,

Sapa yg tau apa dimaksudkan pyscho test nie.bunyi mcm gerun ja..mcm nk pyscho kita ja kn..
jadik apa lg, aku pn tnya la encek google..tnya2 encek google , terjumpa 1 penerangan yg agak memahamkan la.
Kt bawah ada la penerangannya.

Psychometric Tests are measures of the mental skills, aptitudes and personality traits of people. Only tests that have been “standardized” for their “reliability” and “validity” should be used to get correct results. Psychometric Tests are behavior samples that are uniform, objective and interpretable. They are designed to gauge individual differences.
These tests help the student community to identify careers in which they would be successful and select educational courses accordingly.
Test the child for his/her IQ, aptitude and career preferences through our specialized psychometric tests and scientifically assess his/her intelligence levels, career interests and core aptitude.
penerangan yg lebih jelas
"Psychometric Test will revel your Natural Motivation, Your Interests, Your Preferences, Your Inclinations, Your Outlook, Your Aptitude, Your Potential, Your Personality, Your Intelligence….The REAL YOU"
drp pembacaan aku ,test ini adalah test yg menyeluruh yg melibatkan iq, sahsiah, pengetahuan am.tp x tau la plak ada esei ker tidak..
p/s: sapa2 yg ada penerangan yg lebih jelas, tlg komen k..(^_^)..woot2...ada test nie...wish me luck..tenkiu2..

Apr 21, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 3 - Nabil


Salam semua, 

Jom kita layan video kt bawah...syiokkkk (^_^)..suka sgt tgk video nie..berkali2 tengok pun xper..tambah2 masa tensen...lega sket..







p/s: ku tujukan juga pada bos "tersayang"..

Apr 15, 2011

Mc Donald's Voucher

Bagi penggemar Fillet -O-Fish, mungkin ini adalah satu berita yang baik. Hanya print Voucher ini dan dapatkan free burger nie..

* hanya sah untuk a la carte shj...





Apr 11, 2011

Apr 7, 2011

JANGAN BERSEDIH

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

 Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
 Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.

Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.
Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.
Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.

Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.
Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….
bertaffakurlah….
dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa...


  • Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
  1. Menangis kerana terlalu sedih.
  2. Menangis kerana terasa hina dan lemah
  3. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
  4. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
  5. Menangis orang munafik - pura-pura menangis
  6. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
  7. Menangis kerana rasa takut
  8. Menangis kerana cinta
  9. Menangis kerana gembira
  10. Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
  • Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

  • Menangis tercela atau terpuji? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.Tangisan dapat memadamkan api neraka.

Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akanmengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

  • Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

  • Air mata yang tiada di tuntut:

  1. Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
  2. Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

  • Dari itu...
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.




p/s: credit to nadiah...

LinkWithin